Pengertian sifat huruf

Di antara yang dibincangkan didalam video ini adalah:

  • Pengertian sifat huruf iaitu: Penampilan sesuatu huruf pada saat huruf itu keluar dari makhrajnya. Seperti manusia, setiap manusia mempunyai sifat yang pelbagai begitu juga huruf setiap huruf mempunyai pelbagai sifat.
  • Tujuan mempelajari sifat-sifat huruf: Agar huruf yang keluar dari mulut kita semakin sesuai dengan keaslian huruf-huruf Al-Qur'an itu sendiri. Melalui sifatnya, seseorang itu akan mampu membezakan suatu huruf, dengan keadaan pengucapan seperti tertahan, berdesing, melantun dan sebagainya.
  • Diantara kelebihan memahami sifat huruf adalah: sebagai pelengkap kepada makhraj. Dengan mengetahui sifatnya, kita dapat membezakan lafaz pengucapan bagi huruf yang makhrajnya sama. seperti huruf د ت ط mempunyai makhraj yang sama tetapi sifat yang berbeza.

Complete and Continue