
Bengkel Solat bagi dewasa
Mari ulangkaji solat kita kerana “Ramai orang bersolat hanya mendapat letih dan lelah daripada solatnya...” (Hadith)
Watch Promo
﷽
إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ ۗ
“sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar"
– Surah Ankabut (29:45)
Selepas kesaksian dua kalimah syahadah dan keimanan terhadap kerasulan Nabi Muhammad ﷺ adalah kewajipan untuk solat lima waktu. Solat adalah nadi agama Islam. Jika dilakukan dengan mencukupi segala ilmu, rukun dan syarat serta keikhlasan jiwa ia mampu untuk menghasilkan peribadi sifat mahmudah (terpuji) dan menghakis sifat yang dicelakai Allah.
Sayang sekali jika kita lihat hari ini, ramai sekali kurang mengambil perhatian terhadap hukum-hakam ibadah solat. Sehingga ia sekadar menjadi rutin harian tanpa penghayatan.
Oleh demikian kami ingin menawarkan satu lagi kursus solat kepada golongan dewasa dimana kami susunan berbentuk tradisional serta mengupas soalan remeh-temeh berkatian ibadah tersebut.
Untuk siapakah kursus ini?
Kursus yang lebih sesuai bagi golongan dewasa yang ingin mengulangkaji cara ibadah dari sudut bersuci, wudhu dan menghalusi setiap dari rukun, sunnah dan syarat solat dalam masa sehari.
Instructor

Ustaz Syakir bin Pasuni, merupakan anak keenam daripada lapan orang adik-beradik. Mendapat pendidikan agama awal di peringkat tadika di samping mempunyai guru khas yang mengajarnya mengaji sepertimana kebiasaan ramai anak-anak dahulu. Seterusnya menyambung pengajian di Madrasah Al-Junied dan Madrasah Al-Irsyad Singapura dan seterusnya mencedok ilmu di bumi Mesir, Syria dan juga Malaysia. Kini mempunyai keluarga sendiri, beliau berkhidmat sebagai seorang guru agama dan naib kadi dan mengasaskan pusat pendidikkan Islam Nuur Initiative.