Isyarat jari telunjuk ketika tasyahhud, gerak atau tidak?

Isyarat jari telunjuk ketika tasyahhud goyang jari atau tidak?

Pilihan mazhab Shafii & Hanbali

Dari Ibn Zubayr: “Adalah Nabi Muhammad S.A.W mengisyaratkan dengan jarinya apabila berdoa dan Baginda tidak menggerak-gerakkannya. ” [Sunan al-Kubra]. Hadith ini dinilai sebagai sahih oleh Imam Nawawi dalam kitabnya al-Majmu’.

Pilihan mazhab Maliki & lain-lain.

Dari Wa’il bin Hujr r.a.: “…aku lihat Baginda menggerak-gerakkan jari telunjuk tersebut sambil berdoa. ” [Sahih Ibn Khuzaymah]. Hadis ini dinilai sahih oleh muhaqqiq kitab ini iaitu Dr. Muhammad Mustafa al-A‘zami.

Pendapat Imam al-Bayhaqi

  • Amalan ini tidak bertentangan dengan hadis yang menyatakan bahawa Baginda tidak menggerakkan jari.
  • Maksud “tahrik” atau gerakan jari di sini ialah sebagai isyarat atau untuk menunjukkan sahaja daripada Rasulullah tanpa bermaksud perlu dilakukan dalam solat. [Sunan al-Kubra]
  • Juga membawa pendapat kadang kala Nabi s.a.w. gerakkan jari, kadangkala tidak.
  • Terdapat dua riwayat sahih, satu menggerakkan jari dan satu lagi tidak.
  • Para ulama yang berpandangan secara literal bahawa memang Nabi sebenarnya menggerakkan jari.

Complete and Continue  
Discussion

0 comments